Friday, 4 November 2011

hari pertama Syahmi dilahirkan ke dunia ini

SYAHMI….
Tanggal 05/10/2011 tepat jam 9.29 malam, lahirlah seorang khalifah Allah ke dunia ini. Kelahirannya amat dinantikan oleh semua insan yg mengenali ibu. Insan yg mengambil berat akan ibu, insan2 yg selama ini memberi semangat dan peransang kepada ibu untuk menerima takdir Ilahi supaya tidak jatuh tersungkur apabila diuji sebegini.
Masih segar di ingatan ibu, setelah 2 hari ibu bertarung bermati2an untuk melahirkan mu, ibu di induce atau cube melahirkan mu secara paksa selama 2 hari. Hari pertama ubat dimasukkan tepat jam 10.30 pagi, namun langsung tidak member kesan, diri mu sedang asyik beradu di dalam perut ibu dan tidak memberikan tanda yg dikau akan dilahirkan hari itu. Esok nya jam 6.30pagi ibu dibawa semula ke labour room utk diinduce, namu ketika itu ibu sudah merasai kontraksi dan jalan telah terbuka 3cm, jadi ibu terus ditolak ke dewan bersalin, air ketuban dipecahkan dan ibu menerima suntikan epidural utk mengurangkan rase sakit. Namun setelah di tunggu sehingga jam 6.30 malam jalan hanya buka 7cm, tidak mencukupi untuk ibu melahirkan mu secara normal dan keputusan yg diambil adalah operation. Jantung ibu rase macam nk tercabut apabila doctor hanya menyambung epidural dan tidak akan memberikan suntikan spinal, maksudnye ibu akan dioperated menggunakan local anaesthetic.. walaupn ibu tahu akan kesakitannya nanti, ibu rela demi mu nak.. ibu pegang kata2 kwn ibu sewaktu di ward bersalin, “jangan lah menangis, kite harus berjuang untuk melahirkan anak kite, walau nyawa kite tekorban sekalipn kite harus berjuang, inilah pengorbanan seorang ibu” ibu hanya berdoa dan memohon keampunan kepada ayah supaya ianya akan mempermudahkan proses kelahiran mu. Ibu juga tidak akan melupakan raut wajah ayah mu sewaktu mengiringi ibu ke pintu bilik pembedahan, ibu dapat melihat wajah yg begitu risau, ibu yakin ayah mu akan mendoakan ibu dan juga syahmi supaya selamat.
Sewaktu ibu dioperate, ibu masih dpt merasakan doctor memegang kaki ibu, kaki ibu masih dapat ibu gerakkan betapa sakit nya waktu itu, sehingga ibu merasa sesak nafas, namun ibu kuatkan semangat demi untuk anak2 dan juga suami ibu, akhirnya ibu selamat dioperate dan melahirkan seorang insan yg paling istimewa dalam hidup ibu SYED DANIAL SYAHMI nama yg ibu pilih untuk anak ibu yg kuat semangat nii. Walaupun syahmi kekurangan dari segi fizikal dan mempunyai masalah jantung namun semua itu ibu rasakan sesuatu yg istimewa bukannye kekurangan.. syahmi mg comel dan montok..
Ibu hanya sempat mencium pipi kanan syahmi, dan selepas itu syahmi terus dibawa ke NICU.. di situ syahmi dirawat dan ditinggalkan keseorangan. Ibu tidak dapat menemani dan menolong syahmi ketika syahmi kesakitan.. Syahmi terpaksa berdikari, kerana waktu tu kite tidak bernafas berdua lagi.. itulah dugaan yg harus diri mu tempuhi nak..kali pertama ibu melihat mu, air mata ibu berguguran, ibu sedih sangat2… insan sekecil mu telah merasa semua ini, badan mu di penuhi dgn jarum dan tiub sehingga tiub dimasukkan ke pusat mu.. diri mu dikelilingi mesin2 utk membantu mu meneruskan kehidupan mu.. ibu rasa seperti ibu mahu menukar tempat dgn mu syahmi… ibu xsanggup melihat penderitaan mu..
Doctor paediatric datang berjumpa dgn ibu “ puan, anak puan mempunyai banyak masalah, buat masa sekarang kami terpaksa menerapkan die kerana jantung nya tidak kuat, jika kami menelentangkan die, die tidak akan dapat oksigen yg mencukupi dan skrg oksigen nya masih tidak cukup, jika keadaan ini berterusan mungkin kami akan menebuk lehernya utk memasukkan tiub, dan kami tidak dpt mencari urat nye jadi kami terpaksa menebuk pusatnye utk memasukkan ubat dan air, keadaan anak puan tidak stabil, puan jgn meletakkan harapan yg tinggi kerana peluangnye utk hidup amat tipis, kami akan cube sebaik mungkin utk selamatkan anak puan tapi jika keadaan jantungnye tidak dpt dibaiki dan buah pinggangnye tidak berfungsi mungkin kami tidak akan selamatkan anak puan” waktu tu, dunia ibu rasakan gelap, namun ibu harus redha supaya Syahmi tidak menanggung penyiksaan lagi nak.

Doctor tersebut tlh membenarkan ibu memeluk mu, pertama kali ibu memeluk mu, air mata ibu bercucuran membasahi diri mu.. sesungguhnya ibu lemah ketika itu, ibu sedih sangat.. ibu takut sekiranye itulah kali pertama dan terakhir ibu dpt memelukmu, ibu takut sekiranye ibu tidak dapat memeluk mu lagi.. ayah juga mendapat peluang utk mengazan kan mu nak.. ayah azan di ke dua2 belah telinga mu.. ibu dapat rasakan ini lah saat yg plg sedih dlm hidup ibu.. ibu selalu terfikir dan menyalahi takdir hidup, kenapa kite harus ditemukan sekiranya perpisahan juga mengakhiri nya.. ibu rasa ibu lah insan yg plg malang ketika itu.. namun diri mu begitu kuat sekali nak, dikau berjaya berjuang utk meneruskan kehidupan mu sehingga ke saat ini.. ibu amat berbangga mempunyai anak seperti mu.. ibu berjanji tidak akan mensia2kan diri mu nak.. akan ibu jaga amanah Allah ini sebaik mungkin selagi hayat dikandung badan…




gambar hari pertama Syahmi Dilahirkan...




9 comments:

Aidawati Adyda said...

ida...tgk keadaan syahmi..yg dipenuhi jarum&tiub serta dikelilingngi mesin2,tetiba teringatkan kes yg menimpa ank aku 3thun dulu...wad&hospital yg sama di NICU.hanya Allah sja yg tau perasaan kita ketika itu,ida kena bykkan berdoa&harus kuatkan semangat utk syahmi...kami kwn2 sentiasa mendoakan agar segalanya dipermudahkan oleh ALLAH...AMIN :)

puteri niniey said...

semoga tabah menghadapi dugaan..kasih seorang ibu pada anaknya mmg tidak berbelah bagi..:)

ibuaulia said...

Sedihnye bile terkenang balik sume ni..huhu

|| NaFiRaa || said...

moga syahmi membesar dgn sihat yer sayang..

Salina@IbuAqil said...

Syahmi!! Lambang sebuah kekuatan yg abadi.. Bkn saja utk dirinya malah utk insan yg mengenali dirinya.. Syahmi, dr dlm perut ibu lg dia mula brjuang.. Walaupun dr loh mahfuz dia diberitahu oleh pencipatanya apa yg akan ditempuhnya didunia.. Namun perjanjian itu disahutnya dgn pnuh yakin.. Bahawa Allah swt akan sntiasa mlindunginya & kehadirannya didunia akan sntiasa mnjadi kebanggan ibu bapanya.. Itulah dia Syahmi!! Masih bertahan smpai saat ini tdk sdikitpun dia mmbebankan ibu & ayah krn mereka sdh mampu tersnyum dgn perkembangan positif dr hari kesehari.. U go boy!!! Kau jg kebanggaan kami!!! Muahxxxx 4 Syahmi cuyunk!!!!!

Salina@IbuAqil said...

Wow!! Acik lupa!! Selamat ulangthn lahirmu sebulan genap kau menjadi khalifah dimuka bumi ini syg.. Semoga Allah swt melindungi, memanjangkn usiamu & mempemudahkan sgala urusanmu.. Amin!!!

oakleyses said...

jordan pas cher, chanel handbags, nike outlet, michael kors pas cher, kate spade outlet, replica watches, longchamp pas cher, nike free, jordan shoes, christian louboutin shoes, nike free run, louis vuitton outlet, oakley sunglasses, ray ban sunglasses, polo ralph lauren, ugg boots, christian louboutin uk, air max, louis vuitton outlet, ugg boots, tiffany jewelry, polo ralph lauren outlet online, burberry pas cher, prada outlet, nike air max, gucci handbags, sac longchamp pas cher, ray ban sunglasses, louboutin pas cher, louis vuitton, uggs on sale, tiffany and co, oakley sunglasses, louis vuitton outlet, ray ban sunglasses, longchamp outlet, louis vuitton, longchamp outlet, replica watches, nike roshe, polo outlet, oakley sunglasses, cheap oakley sunglasses, oakley sunglasses wholesale, christian louboutin, christian louboutin outlet, tory burch outlet

oakleyses said...

lululemon canada, nike air max, burberry outlet, oakley pas cher, burberry handbags, coach outlet store online, kate spade, michael kors outlet, michael kors, nike air force, true religion jeans, true religion outlet, michael kors, polo lacoste, nike tn, new balance, abercrombie and fitch uk, michael kors outlet, uggs outlet, michael kors outlet, ralph lauren uk, michael kors outlet online, replica handbags, coach outlet, true religion outlet, coach purses, nike free uk, sac vanessa bruno, mulberry uk, michael kors outlet online, michael kors outlet online, michael kors outlet online, north face, uggs outlet, converse pas cher, hogan outlet, nike air max uk, hollister pas cher, sac hermes, nike roshe run uk, hollister uk, nike air max uk, true religion outlet, timberland pas cher, vans pas cher, ray ban pas cher, guess pas cher, ray ban uk

oakleyses said...

supra shoes, marc jacobs, canada goose, converse outlet, toms shoes, ugg uk, ugg pas cher, canada goose outlet, canada goose, nike air max, louis vuitton, karen millen uk, doudoune moncler, converse, louis vuitton, vans, gucci, montre pas cher, moncler outlet, canada goose uk, canada goose outlet, moncler, pandora jewelry, barbour uk, moncler outlet, juicy couture outlet, louis vuitton, canada goose, pandora uk, coach outlet, swarovski crystal, ugg,uggs,uggs canada, juicy couture outlet, links of london, louis vuitton, louis vuitton, hollister, swarovski, canada goose outlet, ray ban, moncler, ugg, barbour, ugg,ugg australia,ugg italia, replica watches, pandora charms, moncler uk, pandora jewelry, wedding dresses, canada goose jackets, hollister, lancel