Thursday, 3 November 2011

Kelahiran Insan Yg TerIstimewa (Syed Danial Syahmi)



Syed Danial syahmi, satu nama yg indah.. Kelahirannye pernah disangkal suatu ketika dulu.. peluangnyee untuk hidup di dunia ini juge telah disahkan hanye 30%.. Itulah hakikat yg ibu dan ayah kena terima satu ketika dahulu.. Betapa hancurnyee hati seorang ibu apabila mendengar berita itu, anak yg dikandung ini telah ditatang bagai minyak yg penuh, dijaga sebaik2 nya, dinanti2kan kelahirannya, namun mungkin tidak akan wujud di dunia yg fana ini..

SYAHMI,
Betapa ibu amat menyayangi mu nak.. hancur hati ibu bila mendengar berita itu.. dunia ibu rasakan gelap gelita.. adakah ini dugaan yg harus ibu terima... sesungguhnya dugaan ini terlalu berat utk ibu terima.. dugaan yg plg hebat dalam hidup ibu.. Namun apakan daya ibu nak, ibu terpaksa teruskan jua.. hidup harus diteruskan walau apa jua rintangan yg mendatang.. satu je ayat yg ibu pegang sampai skrg, "Allah tidak akan menduga umatNya melainkan Dia tahu yg umat Nya mampu dan setiap yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya"...

Masih segar di ingatan ibu saat ibu mendapat berita gembira yg ibu telah disahkan hamil utk kali ke 2.. dunia ibu rasakan syurga.. Semua makcik2 mu ibu hubungi utk memberitahu berita yg amat gembira ini.. sejak dari hari itu, ibu menjaga mu bagai mentatang minyak yg penuh.. telah lama ibu nantikan utk mengandung lagi.. Ayah mu adalah insan yg paling gembira di saat itu..

Namun, ada sesuatu yg ibu risaukan.. Alah ibu kali ini agak teruk sekali.. jika dulu ibu mengandungkan abg mu, senang sekali.. sepanjang mengandung tidak pernah ibu ambik MC sekali pn.. ibu sihat seperti org yg tidak mengandung.. tapi kali ini ibu mengandungkan mu berbaza sama sekali, selera makan langsung xde, ibu jadi malas, badan sakit2, pakai baju pn ibu rasa sakit, dan ibu tidak mahu utk keluar rumah pn.. tempat ibu hanya di dalam bilik dan di atas katil.. ibu xnk jumpe dgn sesiapa pn...
Hampir setiap 3 minggu ibu akan pergi check up dgn Dato' ranjoth Singh.. setiap 3 minggu itu jugalah ibu akan scan utk mengetahui perkembangan Syahmi.. setiap kali ibu scan semuanya normal.. malah guna scan 3d pn semuanyee normal.. ibu ingat lagi ibu nampak Syahmi tgh menguap waktu tuu.. ibu dapat melihat mulut yg kecil, hidung pn kecil.. comeynyee anak ibu.. 

6/8/2011
tarikh yg tidak akan ibu lupakan... hari sabtu... ibu bersemangat riang.. kebetulan ramadhan yg ke 5 tahun nii.. ptg tu ayah teman ibu utk check up dgn dato' ranjoth.. seperti rutin biasa apabila check up mesti scan utk lihat ape yg Syahmi tgh buat, namun ibu xsangka hari ini juga lah bermulanya kisah sedih dlm hidup ibu.. Dato' mendapati kelainan pada tulang kaki Syahmi tapi die tidak memberitahu ibu cume die mengarahkan supaya ibu berjumpa dgn kawannya dr japaraj di hospital ipoh utk detail scan.. ibu terus hilang semangat kerana gerak hati ibu mengatakan ade sesuatu yg tidak kena pada kandungan ibu kali nii.. ibu langsung xselera makan selama 2 hari.. ibu begitu susah hati, ibu hanya mampu berdoa supaya kandungan ibu tidak bermasalah.. namun kita hanya merancang tuhan yg menentukan segalanya...

8/8/2011
Ya Allah inikah dugaan yg harus aku terima... sesungguhnya dugaan ini terlalu besar utk ku tempuhi... " bayi puan mempunyai masalah sumbing di mulut dan lelangit, buah pinggang nyee hanye sebelah, jantung berlubang, darah oksigen dan xberoksigen tlh bercampur, jantung membengkak serta kaki yg tidak normal atau pendek, bayi puan ada masalah kromosom, saya tak pasti samada bayi ini akan hidup atau tidak bila lahir nnt" itulah ayat yg diucapkan oleh dr Japaraj.. saat itu, dunia ibu rasakan gelap... hati ibu pecah berderai, air mata ibu gugur satu persatu.. sukarnye ibu nk terima berita ini... bagaimana ibu nak menempuhi hari2 yg mendatang.. Dr Japaraj menyarankan supaya ibu menjalani ujian air ketuban atau amniotic test utk memastikan level kromosom yg rosak. jika terkena pada level yg membawa maut, dr sarankan utk gugurkan kandungan ini... namun ibu tidak sanggup, biarlah, jika anak ini masih bernyawa di dalam perut ibu dan ditakdirkan kembali kepada penciptanya saat kelahirannya, ibu rela mengadungkan mu nak.... sekurang2nya diri mu masih ada peluang utk terus hidup dan bernafas berdua dgn ibu dlm masa 2 bln ini, apa yg ibu makan kamu akan merasakannya nak.. biar susah mana sekalipn ibu alah ibu rela demi memberi anak ibu peluang utk bernafas... dan sekiranya engkau akan hidup, selama mana sekali pn ibu tetap akan menjaga mu sebaik mungkin.. itu janji ibu pada diri mu nak.. tapi jika kau terseksa, ibu merelakan di kau pergi nak.... walaupun hati ibu hancur berkecai ketika itu nak...

Sejak dari saat itu, hanya air mata jadi teman setia ibu.. hidup ibu rasakan bagai tidak bermakna lagi.. ibu selalu berkata2, buat apa ibu mengandung dan melahirkan jikalau ibu hanya menyusahkan mu nak.. Ibu taknak Syahmi terseksa menanggung sakit.. biarlah ibu yg sakit tp bukan diri mu nak.. ibu sanggup bertukar nyawa dgn mu nak..
Sehinggalah tiba saat utk melahirkan mu ke dunia ini, pertemuan ibu yg terakhir dgn dr Japaraj, " bayi puan hanya ada 30% peluag utk hidup, puan terpaksa di induce Isnin depan, jika puan sedang diinduce dan jantung bayi ini lemah adakah puan akan meneruskan induce atau memilih utk di operate? saya tidak mahu dipersalahkan jika puan dioperate tetapi bayi puan tidak dapat diselamatkan" itulah ayat terakhir yg membuatkan jantung ibu berkecai dan luruh.. Namun ibu tidak akan mementingkan diri ibu sendiri, biarlah ibu dioperate sekali pn ibu rela nak demi utk menyelamatkan diri mu..

Pada 05/10/2011 tepat jam 9.29 malam lahirlah seoang khalifah Allah, kelahiran istimewa yg di tungu2 oleh semua kenalan dan saudara mara ibu... walaupn amat sukar sekali ibu tempuhi proses melahirkan mu, nyawa bagai di hujung tanduk, namun ibu tetap menguatkan semangat ibu demi anak2 ibu dan juga ayah mu nak..

Tidak akan ibu lupakan suara tangisan mu, perlahan dan lunak sekali.. saat itu ibu hanya sempat mencium pipi mu dan Syahmi terus dibawa ke NICU.. bermula dari saat itu lah Syahmi berjuang utk terus hidup di dunia ini.. kerana saat itu kite tidak bernafas berdua lagi, Syahmi terpaksa berdikari utk bernafas sendiri.. ibu tidak dapat membantu kamu lg nak.. kamu harus kuatkan semangat untuk terus hidup di samping ibu, ayah dan juga abang mu nak... hanya kata2 semangat yg dapat ibu berikan sbg peransang utk mu terus kuat nak..

Pertama kali ibu berjmpa dgn Doktor pakar yg merawat mu, "puan saya tidak berani utk mengatakan yg bayi ini akan survive, harapan amat tipis sekali.. dr ape masalah yg anak puan hadapi, puan harus bersedia utk menerima sebarang kemungkinan, jgn berpantang jauh kerana jika ade apa2 berlaku sukar puan dtg ke sini semula.. bayi ini mungkin akan ditrecheostomy jika oksigen semakin menurun" waktu itu hanya air mata yg membasahi pipi.. ibu tidak bekata apa2.. ibu bagaikan tiada semangat utk berkata2..
Namun, kerana semangat mu yg begitu kuat, Syahmi hanya memerlukan bantuan oksigen 4 hari, selepas itu Syahmi berjaya bernafas sendiri tanpa bantuan. Syahmi berada di NICU hanya 2 hari, selepas itu Syahmi ditransfer ke HDU dan selepas sepuluh hari Syahmi dipindahkan ke ward biasa utk neonatal... Ibu amat berbangga Syahmi, Doktor sendiri mengatakan yg bayi ibu ni sangat2 kuat... Syahmi berjuang utk hidup dan tersangat berani... satu pesan doktor kepada ibu " Allah tidak akan menyerahkan Syahmi kepada ibu jika ibu tidak mampu menjaga mu nak" kata2 itu ibu pegang mungkin hingga hujung nyawa ibu.. ibu akan menjaga mu sebaik mungkin.. inilah anugerah Allah yg paling berharga dlm hidup ibu.. mungkin ini juga hadiah hari jadi yg plg istimewa dlm hidup ibu.. ibu syg Syahmi sgt2. Syahmi jgn risau ibu akan bersama2 dgn Syahmi utk berjuang meneruskan kehidupan yg serba mencabar ini.. takkan ibu biarkan diri mu disakiti lagi nak...





p/s: nanti saya akan ceritaka bagaimana pengalaman saya semasa mengandungkan dan melahirkan insan istimewa ini di entry yg lain...



18 comments:

Salina@IbuAqil said...

sesungguhnya dialah anugerah terindah & terhebat buatmu wahai sahabat.. betapa bertuahnya kamu kerana dipilih Allah swt kerana memilikinya sebagai tiket menuju Syurga.. Betulkan tiap apa yg aku cakap dlu segala kekuatan itu AKAN DATANG DENGAN SENDIRINYA mengikut edaran masa.. Cuma jangan sesekali putus utk berdoa moga Allah swt melindungi serta mempermudahkan segala urusan sepanjang membesarkan JUARA HATI Ida tu.. Muahxxxxxxxx buat Syahmi.. Insan teristimewa dlm dunia ini.. Terima kasih Ya Allah!! Kerana kau beri juga aku peluang utk mendekatinya walaupun dia bkn dari darah daging ku.. Lebiu Ida.. Lebiu Syahmi.. Lebiu Nabil.. Pssttt Ida, dapat jugak Aqil tumpang cium Aqik Syahmi dia.. ;)

Salina@IbuAqil said...

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! X puas nak komen lg.. Berkali2 aku baca rintihan ko ida & aku menangis lg.. Tp x pe tangisan ni x akan aku tunjuk dpn ko.. Sbb aku nak sama2 kuat dengan ko.. Ko jgn riso, ko ada aku jgk.. ;) Sbb tu Allah temukan kita utk jadi Sahabat sampai mati.. Kan?! ;)

ibu nabil syahmi said...

hehehe... itupn kene curi2.. nanti aku buat entry lg yee...

ibu nabil syahmi said...

aku sendiri baca pn aku nangis tau.. nak wat camne ini lah dugaan yg harus aku terime... mungkin ade hikmah disebaliknyee..

|| NaFiRaa || said...

salam kenal..

semangat jugak bb syahmi nih.. rasa nak teom2 jek pipi tembam dia..hehehe

moga ibu syahmi kuat dan tabah hadapi dugaan ini..aminnn

ibu nabil syahmi said...

fira: doakan Syahmi yee... mmg semangat pn.. ini dh kurang ckit, waktu br lahir lg semangat.. hehe

ct rahani said...

salam kenal.. semoga syahmi & ibunya kuat menghadapi dugaan ini..

Aidawati Adyda said...

syahmil adalah anugerah ALLAH yg amat bernilai buat kalian sekeluarga..yakinlah setiap ujian&dugaan yg terjadi pasti ade hikmah tersembunyi...tabah&cekalkan hati mu serta banyakkan berdoa insyallah akan dipermudahkan segalanya AMIN...

Aida Deq Su said...

alhamdullilah.. saya yakin syahmil anak yang kuat.

Lelord said...

kamu ibu yg tabah...

sarah said...

assalam.. ida. sorry blk raya haji hr tu tk sempat nk melawat ida. sbtu bz masak. ahad pas mkn umah mak meru pastu terus blk umah mak mertua. insyaallah bile sara blk sara singgah. sara doakan ida dan syahmi sihat selalu. kuatkan smgt ida. insyaallah segalanya akan dipermudahkan oleh Allah. hari2 mesti bukak blog syahmi. hehe.. nk tau perkembangan. peluk cium auntie sara utk syahmi..mmuaahh. take care ida

oakleyses said...

jordan pas cher, chanel handbags, nike outlet, michael kors pas cher, kate spade outlet, replica watches, longchamp pas cher, nike free, jordan shoes, christian louboutin shoes, nike free run, louis vuitton outlet, oakley sunglasses, ray ban sunglasses, polo ralph lauren, ugg boots, christian louboutin uk, air max, louis vuitton outlet, ugg boots, tiffany jewelry, polo ralph lauren outlet online, burberry pas cher, prada outlet, nike air max, gucci handbags, sac longchamp pas cher, ray ban sunglasses, louboutin pas cher, louis vuitton, uggs on sale, tiffany and co, oakley sunglasses, louis vuitton outlet, ray ban sunglasses, longchamp outlet, louis vuitton, longchamp outlet, replica watches, nike roshe, polo outlet, oakley sunglasses, cheap oakley sunglasses, oakley sunglasses wholesale, christian louboutin, christian louboutin outlet, tory burch outlet

oakleyses said...

lululemon canada, nike air max, burberry outlet, oakley pas cher, burberry handbags, coach outlet store online, kate spade, michael kors outlet, michael kors, nike air force, true religion jeans, true religion outlet, michael kors, polo lacoste, nike tn, new balance, abercrombie and fitch uk, michael kors outlet, uggs outlet, michael kors outlet, ralph lauren uk, michael kors outlet online, replica handbags, coach outlet, true religion outlet, coach purses, nike free uk, sac vanessa bruno, mulberry uk, michael kors outlet online, michael kors outlet online, michael kors outlet online, north face, uggs outlet, converse pas cher, hogan outlet, nike air max uk, hollister pas cher, sac hermes, nike roshe run uk, hollister uk, nike air max uk, true religion outlet, timberland pas cher, vans pas cher, ray ban pas cher, guess pas cher, ray ban uk

oakleyses said...

ipad cases, beats by dre, iphone 6 cases, ferragamo shoes, wedding dresses, hollister clothing, p90x workout, instyler, asics running shoes, nike huaraches, hermes belt, north face outlet, s6 case, babyliss, nfl jerseys, hollister, iphone 6 plus cases, insanity workout, ralph lauren, iphone cases, iphone 6s plus cases, bottega veneta, new balance shoes, longchamp uk, iphone 6s cases, giuseppe zanotti outlet, nike roshe run, mont blanc pens, herve leger, oakley, lululemon, timberland boots, nike air max, iphone 5s cases, ghd hair, valentino shoes, louboutin, nike trainers uk, celine handbags, north face outlet, baseball bats, vans outlet, abercrombie and fitch, chi flat iron, soccer jerseys, mac cosmetics, mcm handbags, soccer shoes, jimmy choo outlet, reebok outlet

oakleyses said...

supra shoes, marc jacobs, canada goose, converse outlet, toms shoes, ugg uk, ugg pas cher, canada goose outlet, canada goose, nike air max, louis vuitton, karen millen uk, doudoune moncler, converse, louis vuitton, vans, gucci, montre pas cher, moncler outlet, canada goose uk, canada goose outlet, moncler, pandora jewelry, barbour uk, moncler outlet, juicy couture outlet, louis vuitton, canada goose, pandora uk, coach outlet, swarovski crystal, ugg,uggs,uggs canada, juicy couture outlet, links of london, louis vuitton, louis vuitton, hollister, swarovski, canada goose outlet, ray ban, moncler, ugg, barbour, ugg,ugg australia,ugg italia, replica watches, pandora charms, moncler uk, pandora jewelry, wedding dresses, canada goose jackets, hollister, lancel

jeje said...

C'est là new balance ml999 blanche que le designer nuptiale Minal Shah nike air jordan 1 retro high og birmingham barons peut vous aider, avec ses nike running homme pas cher conseils d'experts sur ce asics gel lyte iii snowflake pas cher qu'il faut considérer lors new balance ml999 aw du choix de cette robe fabuleuse. nike air max bw pas cher Ces deux variétés devraient nike air max 90 lunar pas cher également sortir en juillet 2012. new balance femme bleu et beige

yanmaneee said...

nike epic react
fitflop
goyard bags
baseball jerseys
asics shoes
jimmy choo shoes
longchamp
off white shoes
moncler
retro jordans

Anonymous said...

par ici répliques de sacs ysl cliquer ici pour en savoir plus répliques de sacs à main gucci essentiels sacs répliques de bonne qualité